Pusat Internet (PI) Felda Sungai Tiang
Pusat Internet (PI) Felda Sungai yang mana sebelum ini di kenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Sungai Tiang. Lokasi Pusat Internet (PI) Felda Sungai, terletak di Mukim Padang Kerbau, Pendang, Kedah Darul Aman. Daerah Pendang mempunyai keluasan 1,120 kilometer persegi. Jarak Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Sungai Tiang dari Pekan Pendang adalah 15km. Penduduk di Felda Sungai Tiang terdiri daripada Melayu, 97% dan Siam, 3%. Populasi penduduknya adalah seramai 5,171 orang. Jumlah purata isi rumah adalah 5 orang.
PI Felda Sungai Tiang terletak di tengah-tengah kawasan Felda Sungai Tiang.
PI Felda Sungai Tiang mula beroperasi secara rasmi pada bulan November 2009. Ia dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan 20 buah komputer, mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner), mesin fotostat dan kemudahan internet yang berkelajuan tinggi dengan kadar bayaran berpatutuan kepada penguna