PROGRAM KENDURI RAKYAT BERSAMA UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU), JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) NEGERI KEDAH & PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KLUSTER PENDANG
| Tarikh : 6 Disember 2025 Masa : 8.00 Pagi hingga 2.00 Petang Tempat : NADI Pondok Chegar Peserta : 250 Orang |
Merupakan sebahagian daripada Program Outreach Memangkas Kemiskinan dan Hari Bertemu Pelanggan untuk menyelaraskan bantuan serta perkhidmatan kerajaan terus kepada rakyat.
Program ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara agensi persekutuan dengan penduduk daerah Pendang, di samping menyediakan platform untuk penyampaian maklumat dan perkhidmatan kerajaan secara terus di peringkat akar umbi.