PENGENALAN E-SUKAN: DARIPADA HOBI KEPADA PROGRAM KOMPETITIF BERSTRUKTUR
| Tarikh : 9 Januari 2026 Masa : 10.00 Pagi – 10.30 Pagi Tempat : NADI Felda Sungai Tiang Peserta : 1 Orang |
Memberi pengenalan permainan sukan elektronik dalam membentuk komuniti, memupuk semangat kesukanan, dan menyumbang kepada ekonomi digital negara
E-sukan atau sukan elektronik merujuk kepada permainan video kompetitif yang dimainkan secara teratur, selalunya melibatkan pemain profesional dan pasukan. Ia telah berkembang daripada sekadar aktiviti masa lapang di rumah kepada industri global yang diiktiraf sebagai sukan rasmi di pelbagai peringkat antarabangsa.Transformasi e-sukan daripada hobi kepada program berstruktur menunjukkan kematangan industri ini. Ia bukan lagi sekadar “bermain game“, tetapi satu bidang yang memerlukan disiplin, strategi, dan profesionalisme tinggi.