Career Marathon 2018 akan berlangsung pada 19 Oktober – 17 November 2018 di pusat internet yang terpilih di kawasan utara dengan kerjasama Jobs Malaysia Cawangan Alor Setar serta wakil syarikat Jabil Circuit Sdn Bhd dan Mattel (M) Sdn Bhd.
Calon-calon yang ingin mengisi kekosongan jawatan di syarikat-syarikat tersebut hendaklah datang secara “walk in” dan membawa sijil-sijil kelayakan sebagai persediaan menghadapi temuduga serta berpakaian kemas dan sopan.
