mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT (SUKU TAHUN KEEMPAT 2018) – MUHAMMAD HUD BIN IZHAM

Nama   :  Muhammad Hud Bin Izham
Umur    :  15  Tahun
Ahli      :  2017

Latar belakang

Muhammad Hud merupakan pelajar yang  berumur 15 tahun  dan kini sedang belajar di tingkatan 3 dan baru selesai menjalani peperiksaan PT3 pada tahun ini. Beliau telah menjadi ahli sejak tahun 2017. Ini bermakna sudah setahun beliau menjadi ahli dan menggunakan perkhidmatan serta mengikuti kelas dan program yang dijalankan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT, beliau sebenarnya telah mempunyai sedikit asas pengetahuan dalam ilmu ICT namum masih lagi banyak ilmu ICT yang belum ketahui. Selain itu, dalam bidang pelajaran pula sumber rujukan   beliau adalah buku, guru, adik-beradik dan rakan-rakan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mendaftar sebagai ahli pada tahun 2017, beliau tidak melepaskan peluang yang ada untuk mengikuti pelbagai kelas atau bengkel latihan yang telah diadakan. Antara kelas pembelajaran yang telah beliau ikuti adalah kelas asas pengenalan kepada sesebuah komputer, perkakasan komputer, Microsoft Office, pengenalan kepada internet, e-pembelajaran, penghasilan video, emel dan sebagainya. Bermula dari seorang yang mempunyai sedikit asas mengenai ilmu ict, kini beliau sudah mahir dalam pengetahuan dalam bidang ICT. Kemahiran yang diperolehi digunakan sebaiknya oleh beliau dalam melengkapkan proses pembelajaran beliau seperti carian maklumat, menyiapkan kerja kursus dan juga e-pembelajaran seperti aplikasi pembelajaran dan kuiz bagi memahirkan serta menajamkan lagi minda beliau. Selain itu beliau menjadikan Pusat Ekonomi Digital PEDi sebagai tempat mengulangkaji pelajaran, pusat carian maklumat dan tempat perbincangan bersama rakan-rakan.