HUTAN LIPUR BUKIT PERAK

Pelancongan & Tempat Bersejarah | 5 May 2026

Rimba reakreasi Bukit Perak terletak kira-kira 20KM dari Pekan Pendang .Ia dikelilingi oleh hutan pamah dan singkapan berbatu sertab pelbagai spesies flora seperti meranti dan sebagainya.Rimba Rekreasi Bukit Perak merupakan destinasi yang ideal untuk pencinta alam, keluarga, dan pengunjung yang ingin menikmati keindahan air terjun, kehijauan hutan dan aktiviti rekreasi di alam semula jadi. Ia menawarkan kombinasi pengalaman santai dan interaktif sambil menghargai flora dan fauna tempatan.