BAZAR RAYA NADI 2026
| Tarikh : 14 Mac 2026 Masa : 8.00 Pagi-3.30 Petang Tempat : NADI Felda Sungai Tiang Peserta : 50 Orang |
Bazar Raya NADI bertujuan sebagai platform memperkasa usahawan komuniti selain membuka lebih banyak peluang pemasaran menjelang musim perayaan.
Bazar Raya NADI 2026 bukan sekadar platform jualan bermusim, sebaliknya sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh ekosistem ekonomi digital komuniti, merapatkan jurang digital serta meningkatkan daya saing sosioekonomi rakyat. Selain aktiviti jualan,terdapat jugak selingan kelas usahawan,pemeriksaan kesihatan percuma dan pertandingan mewarna mengikut peringkat umur. Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik turut disediakan.